rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Korang Masih Ingat Kisah Mona Fendi?

tkala aku kebosanan melayari internet sambil membaca artikel-artikel yang ada aku teringat akan sebuah kisah yang tragis pernah berlaku di negara kita suatu ketika dahulu iaitu KES MONA FENDI. Sekadar pengetahuan mari kita singkap semula sejarah kisah ini yang aku ambil dari salah sebuah blog di internet

"Tersebut la kisah, Si Mona Fendy.
Seorang Bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi.
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi"

Mungkin kita tahu tentang kisah seorang bomoh bernama Mona Fendy. Tetapi bagaimana dengan generasi sekarang? Bila adik aku tanya siapa wanita ini, aku pun terpaksalah menceritakan serba sedikit tentang arwah si mona ni. Untuk kisah yang lebih real, aku sarankan korang download kisah Mona Fendy yang difilemkan ini dalam cerita Dukun.

Kalau umur korang lebih kurang baya aku, time case Mona Fendy meletup waktu tu kite masih berada di bangku sekolah rendah lagi. Aku yang masih berhingus waktu itu, masih dapat mengimbau muka Mona Fendy yang masuk dalam televisyen sambil tersenyum memandang kamera. Senyuman menakutkan. Igauan yang mengerikan.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri), suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Mona Fendy mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album pada tahun 1993.


Mona Fendy juga telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh itu. Namun, pada waktu Hakim menjatuhkan hukuman, Mona tidak menangisi nasibnya malah beliau tersenyum dan mengatakan " Im very happy now ".
"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi

"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi

''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy


Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]
1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.


Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau.

Mona Fendi sememangnya bermula dengan karier sebagai penyanyi. Mona Fendi telah popular dengan lagu Ratapan Anak. Namun, bagi aku...lagu ni seakan-akan seram. Naik bulu roma dengar lagu Mona Fendi ni. Hehe.







Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang gambaran cerita sebenar sorotan kisah Mona Fendi ni, aku sarankan korang belilah DVD cerita Dukun The Movie yang dilakonkan oleh Umi Aida selaku Mona Fendi. Memang meremang bulu roma, sebab rasa macam dapat berada seperti keadaan sebenar. Sila replay preview cerita Dukun The Movie ini :



Siapa yang nak tengok filem yang sudah bertahun sangkut kerana tidak di benarkan untuk di tayang kan sila buka di sini



31 comments:

cik fida.. said...

gee..
aku ske cite ko yg ni..
memg aku tringt zaman dlu2..
terase mude..
haha

Syed Fauzi said...

Thanks =)..tp xde makna nye Cik Fida oi sebab ko dah tua haha =P

fariha_eha89 said...

isk...mcm takut jek...ak tau pasal mona fendi..tp xde latau sgt..ak tau pasal dy kerat2 tu jek..arggghhh...seram2...huhu

a'ah la fida...ase muda...hahahah

Syed Fauzi said...

relex2 jangan la seram2 k...nanti xleh tido lak korang haha

hudhud said...

teringin nak tgk trailer tu. tp dah malam la pulak. tkpe esok je la. hehehe

sarah shafie said...

tk nk lah dgr lgu tu..tgk muka dh buat bulu roma naik..

zati said...

sye same macam fariha_eha89..tau2 camtu je,pasal kerat2 gitu huhu..mendalam entry awk nie

hazman aka species1980 said...

uish... dah kuar ke DVD FILEM DUKUN tue....???

kisahremaja said...

sayang sungguh citer nie tak ditayangkan kepada umum... tapi demi nak jaga aib famili si mati ... filem nie FROZEN .... ;-(

Syed Fauzi said...

Hudhud: Xpe Hudhud boleh tengok rini hehe
Sarah: Cuba la try dengar lagu dia xde apepun nanti boleh cerita kat orang mesti orang lain kagum =)
Zati: Thanks Zati =)
Hazman: Tak jadi keluar filem ni Hazman sebab family arwah tak bagi
Kisahremaja: Tu la sayang kan filem ni tak keluarkan sedangkan dah siap pun..tapi nak buat macam mana kan kita kena respect jugak permintaan family diorang =)

DuniakuAbstrak said...

seram ..seram...seram....nak kerat kucing pon tak sampai hati inikan pula manusia

I n n z said...

tade shout box eh ?
itu pages .
;)

I n n z said...

mmg tuk hang pun tutorial tuh xP

Syed Fauzi said...

DuniakuAbstrak: Jadikan pengajaran k =)
Innz: Shoutbox nanti akan ada and tq 4 ur tutorial really like it =)

anastasyea said...

mesti lah ingat lg kesah ini...
Jadi pengajaran dan peringatan !

Eza Rashid said...

seram nyer..aku pown keik lgik mase tuh...

Syed Fauzi said...

Eza Rashid:

Haha memang seram..time ni semua orang sibuk cerita pasal kes ni je lama gak la

syahir said...

eee.....
seramnye.....mase tu sye pon x tau ape2 lg...sbb sye bru umo 5 thn...

melody hangat said...

korang rsa dosa mona diampunkn x

Syed Fauzi said...

entah la itu bukan tugas kita..hanya DIA yang MAHA mengetahui =)

Anonymous said...

semoga Allah mengampun kan dia..dia seorang yg hormat sangat org tua actually.

Syed Fauzi said...

amin...

Putri Lindungan Bulan said...

hurm... kalu benar dia seorg yg hormatkan sangat org tua... dia takkan bunuh kejam arwah ADUN tu... org tu pun org tua... apa2 pun, semoga kisah dia nie dijadikan pengajaran... apa yg paling ditakutkan ialah kita mati tidak sempat mengucap plus dlm keadaan syirik kerna meminta tlg selain dari-Nya...

yuzfender said...

i love you putri lindungan bulan~

Anonymous said...

mmg sgt menakutkan lar dulu time kisah dia ngah hot.. masa tu aku budak kecik je lg.. tp asyik dgr pasal dia dlm brita.. takut gle kot masa tu.. huhu..

Anonymous said...

time tu aku masih 3 thun..
tp bla bca ttng arwah nie mmng mnakutkan tp..apa yg dia buat tu antra dia dgn ALLAH s.w.t sja la...mudh2an beliau diampunkan dosanya..

Anonymous said...

2 minggu yang lalu, ada tayang Mona Fendy is TV3.
Link di www.tonton.com.my
Cari 1 Dec 2010
Cari TV3
Cari 21:00 (9pm)
Tekan KES 2010 Espisode 10
Login untuk tengok. I just cerita balik.

mus said...

tau kat mane nk download cite dukun tu tak?

N.asma TH said...

aku tension tui bla temgok muka seram dia tu, adoiyai cian tul bla mikir nasib mangsa2 dia.ari tu msa aku tengok tv pasal kes dia, satu malam aku tak dapat tdo, gara2 teringat muka dia.

muhammadfathimarzuki said...

cari kisah mona fendy,jmpe blog ko,hoho
bru tau kisah sbenar.
kalau tak tak tau lngsung,hahaha
tau nama mona fendy ja.

Syed Fauzi said...

Terima Kasih pada semua kerana sudi membaca..harap post ni dapat la memberi manfaat pada siapa2 yang nak tau pasal Mona Fendi. Walaubagaimanapun untuk makluman post ini hanya untuk dijadikan sebagai info kepada siapa yang memerlukan tiada sebarang niat lain k :)

Post a Comment