rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Exposure dalam fotografi

Hari aku nak kongsikan serba sedikit apa yang aku tau mengenai Exposure. Pertama sekali apa yang nak kena tau ialah apa itu Exposure? Ya dedahan atau bukaan. Dalam fotografi exposure merujuk kepada dedahan cahaya terhadap kamera. Exposure boleh di bahagikan kepada tiga elemen penting yang di panggil "Exposure Triangle" iaitu:
  1. Aperture - Kadar bukaan "lens" terhadap cahaya
  2. Shutter - Tempoh masa bukaan shutter(salah satu bahagian dalam kamera) kepada cahaya
  3. ISO - Kadar sensetiviti cahaya terhadap sensor kamera
Setiap elemen di atas mempunyai tujuan tertentu dan setiap kali salah satu elemen tersebut di ubah maka ianya akan mempengaruhi setiap elemen-elemen lain. Dengan kata lain setiap elemen tidak boleh bergerak bersendirian, ketiga-tiganya perlulah bergerak seiringan untuk menghasilkan gambar yang di ingini oleh korang. Ada tiga perumpamaan mengenai Exposure yang aku biasa dengar.

Pertama (Tingkap)
Bayangkan kamera adalah tingkap bilik korang.
  • Aperture - Saiz tingkap, semakin besar saiz tingkap tersebut semakin banyak cahaya yang akan memasuki ruang bilik dan sebaliknya.
  • Shutter - Tempoh masa kita menutup tingkap, semakin cepat kita menutup tingkap tu semakin sedikit cahaya yang masuk ke bilik dan sebaliknya.
  • ISO - Bayang kan kita dalam bilik tu sambil memakai cermin mata hitam yang berbeza-beza tahap gelapnya, apabila kita pakai cermin mata yang sangat gelap maka cahaya yang sampai ke mata kita adalah sedikit begitu jugalah sebaliknya.
Kedua (Berjemur di tepi pantai)
Bayangkan korang berjemur di tepi pantai, ala yang macam Mat Saleh selalu buat tu =)
  • Aperture - Sunblock yang kita pakai tu mesti ada rate masing-masing kan jadi semakin kuat sunblock yang kita pakai semakin sikit la rasa panas(cahaya)
  • Shutter - Tempoh masa kita berjemur. Kalau kita berjemur lama maka cepat la hitam (banyak terima cahaya) kalau sekejap lambat la hitam hehe.
  • ISO - ISO ni pulak kadar sensetiviti cahaya matahari kepada kulit kita. Lain orang lain tahap sensetif dia kalau kulit korang jenis yang tak sensetif kepada cahaya jadi lambat la panas(kurang cahaya) begitu juga sebaliknya
Ketiga (Getah paip)
Cuba bayangkan getah paip yang selalu kita gunakan untuk jirus pokok tu.
  • Aperture - Saiz getah paip, kalau saiz getah besar maka air yang keluar pun besar dan sebaliknya
  • Shutter - Panjang getah paip, semakin panjang getah paip semakin lambat air nak keluar dan sebaliknya
  • ISO - Tekanan air, semakin kuat tekanan air semakin kuat air yang keluar dan sebaliknya

7 comments:

rhapsody LiN said...

haha.. lawak metaphor tu. tp betul.. mudah faham.

most of my picture selalu sgt gne terlebih exposure. so, gmbr jd terang2. adess.. dh try tp suke gak yg terang. hehe

kyo_9 said...

metafora yg menarik!
ak biasa dgr shutter ngan ISO jer.. aperture x penah dgr la plak..

diraja22 said...

info yg terbaik..

Syed Fauzi said...

rhapsody LiN: Bila pakai metahphor2 macam ni baru senang faham betul x =)

kyo_9: Oh ye ke =) so satu ilmu baru...renung2kan dan selamat beramal ;)

diraja22: TQ diraja22 =)

p is an g said...

haha. hebat perbandingan ko buat. senang gak nak paham tuh jadinya. bila nak ajar aku snap2?

Syed Fauzi said...

pise: Boleh je tapi aku pun xdela hebat mana pun=) entah2 kau lagi hebat =)

Anonymous said...

The ed hardy clothes style has Christian Audigier lived much longer than its counterparts from the 1980s ed hardy shoes ; it may be because of its relatively ed hardy outlet inoffensive style or because people just love animals ed hardy , but it's less frowned upon ed hardy Bikini .Today you can find high quality blanket and sheet sets in a ed hardy Hats cheetah print. These are common enough that you could even go to ed hardy swimsuits a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah ed hardy clothing printed sheets and blankets if they are what you are looking for. Ed Hardy Glasses These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.

Post a Comment