rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Apa itu Aperture?

Aperture ialah bukaan lens kamera kepada cahaya. Secara asasnya semakin besar bukaan lens semakin banyak cahaya yang akan memasuki kamera begitu juga sebaliknya. Nilai setiap bukaan lens di kenali sebagai f-number. Sebagai contoh cuba lihat rajah di bawah.

Saiz Bukaan Aperture
Semua nilai-nilai di atas adalah sebahagin nilai f-number. Kadar bukaan lens pada f/1.4 adalah paling besar manakala pada f/16 adalah bukaan lens paling kecil. Perlu di ingat semakin besar nilai f-number semakin kecil bukaan lens manakala semakin kecil nilai f-number semakin besar bukaan lens, perkara ini sering menjadi kekeliruan di kalangan jurugambar-jurugambar baru jadi please take note.

Mengapa kita perlu tahu mengawal Aperture? Sekiranya kita tidak memahami cara mengawal Aperture dengan betul gambar yang kita ambil mungkin akan mengalami masalah overexpose (terlebih cahaya) atau underexpose (kurang cahaya).

So next entry nanti aku cerita mengenai shutter speed pulak k =)

Komen-komenlah ya =)

Syed Fauzi

3 comments:

ken said...

thanks for the info =)

IHSAN KHAIRIR said...

kena tau jugak efek aperture terhadap medan fokus gambar kita ;)

Syed Fauzi said...

Ken: You are welcome =)
Ihsan Khairir: Betul tu saya sokong..entry akan datang saya akan masukkan kesan fokus terhadap depth of field atau DOF =)

Post a Comment