rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Apa itu ISO?

Kalau sebelum ni kita dah bincang apa itu Aperture dan apa itu Shutter Speed. So sekarang kita cerita-cerita mengenai ISO pulak. Apa tu ISO? ISO actually adalah tahap sensetif sensor terhadap cahaya. Nilai-nilai asas ISO adalah seperti 100, 200, 400, 800, 1600 dan 3200. Setiap model kamera ada tahap ISO sendiri ada yang hingga 6400 dan ada yang lebih.

Secara asasnya fungsi ISO mengawal tahap sensetif cahaya kepada cahaya. Semakin kecil nilai ISO semakin kurang sensetif sensor terhadap cahaya dan semakin besar nilai ISO semakin tinggi tahap sensetif sensor terhadap cahaya.

Boleh tak saya menggunakan nilai ISO yang tinggi pada setiap masa kerana ianya lebih sensetif pada cahaya maka lebih mudah cahaya di terima? Boleh tak ada masalah cuma ada kesanya bila sentiasa menggunakan ISO yang tinggi. Cuba tengok gambar kat bawah ni

Perbezaan ISO Rendah dan Tinggi. Kiri (ISO 100) Kanan (3200)
Gambar sebelah kiri menggunakan ISO 100 manakala gambar di sebelah kanan menggunakan ISO 3200. Apa perbezaan yang boleh kita dapati. Kalau semua perasan gambar di sebelah kanan mempunyai noise yang tinggi dan kelihatan berbintik-bintik tetai tidak pada ISO 100. Jadi dalam kita memilih nilai ISO yang sesuai kita perlu tahu beberapa perkara. Tidak semua gambar yang kita mampu tangkap menggunakan ISO yang rendah seperti 100, 200 dan 400. Ada bebrapa situasi kita boleh menggunakan ISO yang tinggi contoh untuk mendapat effect yang di ingini atau pun di tempat yang sangat kekurangan cahaya seperti ketika menghadiri konsert(tak boleh on flash).

Syed Fauzi

4 comments:

Anonymous said...

i though u talk about ISO in metadata..haha...
ISO=International Organization for Standardization

ken said...

thanks for sharing :)

Kazen said...

Salam kunjungan dari kazen...jom join UniKL Blogger di Facebook...join n submit link blog anda dan setiap kali anda update blog ini ia akan secara automatiknya di publishkan di page tersebut... klik di sini

http://www.facebook.com/pages/UniKL-Bloggers/165952636749982

Syed Fauzi said...

Ken: U are welcome..thanks for ur support to my blog =)
Kazen: Ok Kazen terima kasih =)

Post a Comment