Apa tu Shutter Speed? Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter kamera terhadap cahaya. Semakin lama bukaan Shutter terhadap cahaya semakin banyak cahaya yang dapat sampai ke sensor kamera begitu juga sebaliknya.Untuk lebih kefahaman boleh tengok gambar rajah di bawah.
![]() |
| Bentuk Dalaman Kamera |
Shutter Speed di ukur dalam unit saat seperti 3''(3saat), 6'' (saat) dan dalam kebanyakan situasi ianya melibatkan perpuluhan seperti 1/90, 1/160 dan 1/200. Semakin besar nilai pembahagi semakin pendek tempoh bukaan shutter.
Apa kesan bukaan Shutter yang lama dengan yang sekejap? Kebiasaannya bukaan shutter pada 1/60 dan ke atas akan menghasilkan gambar yang sharp manakala bukaan shutter pada 1/60 ke bawah akan menghasilkan gambar yang blur. Timbul pula persoalan kalau macam tu macam mana nak menghasilkan gambar yang sharp sekiranya kita menggunakan shutter 1/60 ke bawah. Jawapannya mudah gunalah Tripod atau alat-alat lain yang boleh mengstabilkan kamera =)
Kalau shutter yang laju boleh menghasilkan gambar yang sharp kenapa kena pakai shutter slow? Ada beberapa situasi yang mana kita perlu menggunakan shutter yang perlahan sebagai contoh kekurangan cahaya, menghasilkan gambar yang menunjukkan unsur-unsur pergerakan seperti air terjun dan sebagainya.
Sebagai pengetahuan tambahan shutter speed juga di pengaruhi oleh jarak kamera dengan subjek (focal lengh) , semakin jauh jarak focal lengh maka gambar yang di hasilkan lebih mudah mengalami blur berbanding focal lengh yang dekat. Contoh kita menangkap Ahmad menggunakan shutter 1/60 pada jarak yang berbeza iaitu 2 meter dan 10 meter. Gambar Ahmad akan lebih mudah kelihatan gegar pada jarak 10 meter berbanding jarak 2 meter.
Ok next entry aku akan cerita mengenai ISO pulak =)
Syed Fauzi











2 comments:
thanks for the explanation :)
Welcome Ken...don't forget to visit here again for next entry "ISO" =)
Post a Comment