White Balance merupakan salah satu perkara yang sering di abaikan oleh ramai jurugambar walaupun pada hakikatnya White Balance mampu memberikan kesan gambar yang sebenar mahupun kesan kreatif.
 |
| White Balance tidak tepat |
 |
| White Balance yang tepat |
Secara mudah fungsi white balance adalah mengawal warna pada gambar berdasarkan suhu sumber cahaya pada subjek. Jika suhu yang di pilih adalah tepat maka warna gambar yang di perolehi juga adalah tepat dengan apa yang kita lihat. Perkara ni berlaku sebenarnya kerana mata kita mampu membezakan warna pada sebarang sumber cahaya dengan tepat tetapi tidak pada kamera. Apabila kita salah memilih white balance yang betul itu yang menghasilkan gambar-gambar yang kekuningan, kebiruan dan sebagainya seperti gambar di atas.
 |
| Nilai suhu White Balance |
Di atas merupakan contoh suhu pada kamera. Jadi untuk menentukan white balance dengan tepat kita boleh rujuk gambar rajah seperti ini. Tak di nafikan kebanyakan kamera digital sekarang sudah di lengkapi dengan fungsi auto white balance tetapi kadang kala auto white balance bukan lah pilihan yang terbaik untuk mendapatkan gambar yang kita ingin kan kerana menerusi white balance kita mampu menjadikan gambar yang pada asalnya seperti biasa kepada sesuatu yang lebih menarik seperti gambar di bawah.
 |
| White Balance pilihan |
 |
| White Balance auto |
Syed Fauzi
5 comments:
thanks for the tips :)
tq Ken =)
singgah sini...
betul lah.. selalunya bila ambil gambar.. mesti tak dapat suasana yang sebenar..
thanks bro.
-umai-
Faarihin: So lepas ni kita sama2 titik berat kan white balance pulak =)
Umai: Welcome...thanks coz visit =)
Post a Comment